The dangerous connection to the underside of Reece..livin on a Prayer..
Wednesday, October 26, 2005
So this is what Macho chicken looks like
Berbuka di Alamanda
Last Saturday, I had made an appointment with Hafiz, a friend from home town to have break fast together.
I came first at his place around 5.00. Had Asar there, and then we went off to Alamanda. He wanted to get his hair cut and thus we went to Jenzen. It was quite time consuming . A cut and a wash took nearly all the time and it was nearly breaking fast time when it was over.
We scrambled to get a place to sit. But no seats available..Huh go figure. And we went outside to find a huge sign that says "Malay Buffet" .But as buffet always offers the same dishes that had to go with rice. So we opted for Grilled Macho chicken. It was fabulous.!Worth it.With some sides of mashed potatoes and steamed veges.
And then we went to Masjid Putrajaya for Tarawikh. We came back to Alamanda to meet his friends and to accompany more friends of friends go shopping.
Enough of the endless walking before heading home we decided to have some supper at Syed's restaurant near Hafiz's house.
Kari Kapitan dan Nasi Deepavali
Hari ini kita akan mempelajari cara memasak Kari Kapitan dan Nasi Deepavali
Kari Kapitan
Bahan-Bahan:
4 camca besar minyak masak
2 biji bawang besar, didadu kecil
2 camca teh garam
250 ml pati santan
1/2 kg ayam, dibersih dan dipotong kecil
750 ml santan
Perahan limau nipis secukupnya Bahan-bahan digiling lumat:
15 biji cili merah
15 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
10 biji buah keras
Sedikit belacan
4 batang serai, dihiris halus
Nasi Minyak
Bahan-Bahan:
1/4 cawan minyak sapi
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 labu bawang besar (dihiris)
4 kuntum bunga cengkih
2.5 sm kulit kayu manis
6 biji buah pegaga 6 biji lada putih atau lada sulah (ditumbuk)
2 cawan beras
2 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 camca kecil serbuk kunyit
1/2 cawan kismis
3 jenis pewarna
Monday, October 24, 2005
Kari Kapitan China dan Nasi Minyak Ala Deepavali.
Asalmualaikum Puan-Puan,
Hari ini adalah Jumaat 21 Oktober . Masih lagi di dalam bulan Ramadhan al-Mubarak yang mulia.
Bertemu kita sekali lagi di dalam Rancangan Masakan bersama Chef Celebriti. Bulan-bulan puasa ni, sekali sekala seronok juga kalau kita boleh memasak untuk menjemput rakan taulan datang ke rumah.
Tidak seronoklah jika kita hanya memasak nasi dan lauk-lauk yang biasa kita beli sendiri di Bazaar Ramadhan. Eloklah kita memasak sesuatu yang istimewa yang jarang kita lihat dijual . Tambahan lagi kalau kita memasak dengan sendiri maka, lebih sedaplah masakan itu dan lebih puas hati.
Hari ini, saya akan berkongsi resepi khusus untuk berbuka puasa iaitu Kari Kapitan China dan Nasi Minyak Ala Deepavali. Resipi ini amat mudah, dan sekiranya ia mulai dimasak pada jam 6.00 ptg , maka ia akan just in time untuk siap waktu berbuka kelak..Provided kita menyediakan kuih-kuih dan air minuman terlebih dahulu..
Cara memasak:
Ayam dibersihkan , dan diletakkan garam. Kemudian , ayam itu digoreng dengan api yang sederhana. Tujuannya adalah untuk memasaknya dengan separa sahaja ,keran selepas ini ayam ini akan di masak kembali.
Ayam dimasak secara separa masak.
Setelah diletak tepi minyak itu, ayam yang separa masak itu, di masukkan pes rempah Kari Kapitan . Ianya boleh didapati di dalam pes yang segera untuk memudahkan dan menjimatkan masa. Cuma tambahkan santan sahaja.
Gaulkan masakan kita itu dengan rata .
Pastikan tukang masak tidak berangan ketika masak .
Bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis dan rempah2 di goreng terlebih dahulu di dalam periuk nasi. Kita gunakan kembali minyak gorengan ayam tadi untuk menaikkan bau dan memberi rasa kepada masakan.
Kemudian, setelah naik baunya, air, basmathi dan sedikit susu (menggantikan santan) di masukkan dan digaul sebati. Periuk nasi tadi dipindahkan dari dapur gas ke rice cooker elektrik. Nasi dibiarkan masak.
Kemudian, agak agak masak nasi tu, 2 jenis pewarna dititikkan pada tempat rawak pada nasik. Untuk apakah ini?
Tunggu..........
Friday, October 21, 2005
Bye.bye..baby(ies) !!
Hari ni hari Khamis, pada jam 3.00ptg tadi, Ikram dikejutkan oleh I untuk join family dia dan Opahnya (Tok Ma) untuk balik ke Taiping, Perak. Kemungkinan sehingga habis Kakak I, (Chor) habis berpantang.
Ikram yang di dalam keadaan terkejut tapi tersenyum , redha aje di masukkan ke kereta . Mungkin pada fikirannya , "Wah! Pergi berjalan-jalan !"i. Tanpa dia sedari, besok, dia bukan lagi berada di rumah kami..Huhuhu..
Sedih gak tengok Ikram dan parents dia gi. Yelah rumah kami dah tak seceria dulu la..(Hopefully buat sementara waktu..). Hidup kami di rumah itu, kebanyakan masa penuh dengan melayan Ikram aje tanpa rasa jemu. Kerenah dia pelbagai dan menghiburkan..
Berair gak mata Chor dan Mum tadi..Yelah lepas ni, berpantang kat rumah orang lain lak lepas ni. Mesti tak sama. Takpelah its for the best..Itu rumah Opah Ikram jugak...
Mungkin, the next time we'll see Ikram is during Hari Raya Aidil Fitri (2 weeks more).
Life goes on...huhuhu..
Babies: Zakirah (terselindung balik bantal pink) dan Ikram.
p/s: Takziah kepada Puan Seri Endon yang meninggal pagi tadi. Alfatihah!!
Ikram dan Atuknya
Pantang kalau dengar bunyi kereta balik dan gate dibukak, terus Ikram akan meluru..ke pintu depan dan berkata, "Ni! Nii! Ni!" Menandakan untuk bukak pintu untuk melihat atuknya balik kerja.
Witty, clever and amusing Ikram, is very fond of his grandfather. Antara semua orang, atuknya lah yang dia prefer untuk idukungi. Ikram petah berkata-kata..Makin hari makin banyak benda yang dipelajarinya. Dia dah pandai suruh orang bukak tv, " Bi! Bi!! Bi!!!"untuk melihat channel 63 Playhouse Disney, dia taknak channel lain . Pandai memanggil mak I "Mek!! Mek!! Mek!!"
We (me, mom and ayah) are gonna miss Ikram for a while..Huhuhu..
Ikram, Atuknya dan anak jiran, Ahmad Idham..(nama pelakon fofular)
Thursday, October 20, 2005
Nur Zakirah Umairah 1 - Anak sedara kedua
Alhamdulillah,
pada hari Ahad yang lepas 16 Oktober 2005, kakak I selamat bersalin anak perempuan Nur Zakirah Umairah pada lebih kurang jam 6.25 ptg, kat Hospital Swasta kat Sri Gombak berdekatan dengan rumah I. Sebenarnya due date dia last Isnin. So lambat sikit.Yg penting ibu dan anak sihat dan birthday pada bulan yang sama..
So ini menandakan anak saudara ke 2 untuk I. Excited gak. Very small and very light. Hehehe.
p/s: can't bayangkan muka dia kalau besar sebab baru lahir, its totally different..
Hope you grow up healthy, wise and menjadi muslimah dan taat kepada ibu bapa.
Nur Zakirah Umairah 2
Grilled Chicken with Brown Sauce
This is what I had for breaking fast on 12 Oct 2005. And the taste of brown sauce is much like black pepper without the pepper..hmm exactly the sauce on Kenny Rogers Roasters.
Yum yum delicious..
Buka Puasa bersama kawan2
Pada hari Rabu 12 Oct 2005,
I had a chance to have 'buka puasa' with my friends at Bangsar. Accidentally, my friend Izwan from Aloq Staq came to KL. And thus, I asked Izwan to join us.
Actually, at the Bangsar Food Court there was only one stall open for breaking of fast. That is the Western Food. So, we all had to order western. The food was great! It was a hotel style chef with uniforms, ever friendly and warm.
Oh yeah, Niezam was the only one ordering nasi campur from the nearby Pasar Ramadhan. He must eat rice!
P/s This pic was taken by Hafiz
Wednesday, October 12, 2005
Pengajaran "Lain kali check sebelum bayar"!!
Pagi tadi jam 8.30 I pergilah ke Bengkel motor kat rumah I tu.
Motor Honda I tu pancit dah lama dah. Kurang angin kot. Bapak I kata sebab kepala tube tu yang rosak. Almaklum lah, bapak I ada pengalaman tayar nih.
Dah lama dah dalam tahun 2004, I tukar tayar terus kedua-dua tayar motor dari tayar biasa kepada 'tubeless' kat sebelah BP tu..kat sebelah Fajaria tu, kedai Kek Seng tak silap I. I ingat waktu tu I tengah tunggu order untuk kereta I sampai.Mengimbau balik dulu, banyak jugak I perabis untuk tukar kedua-dua tayar tubeless (brand Michelin lagi), kena tukar kepala tube dan jugak rim dia..berapa ratus dah habis tak silap dalam tiga ratus lebih dekat nak empat ratus.
Orang kat kedai motor rumah I tu pun check..Bocor kat rim dia. Orang tu kata lagi, tayar ni bukan tubeless. Melompat I. Aik!! Silap ker. I balas lah balik yang tayar ni tubeless sebab I dah perabis banyak . Dia tetap dengan pendirian dia yang tayar motor I ni bukan tayar tubeless.
Dia kata dia dah kerja kedai motor dah lama, dia tahulah...
Haiyoh..
I tersentak.
Pastu I mintak kepastian. Dia tunjukkan tayar yang ada dijual di kedai tu..yang mana satu tubeless. Dan jugak perbezaan tubeless dan bukan tubeless. I gi la check kat tayar motor I ..alamak 'with tube'.
Aku kena tipu!! Setahun lepas!! Baru tahu hari ni!!
I was speechless ..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mengimbau kejadian tahun 2004
Ingat lagi I kat kedai tu Kedai Kek Seng ke nama dia.. I actually nak tukar tayar belakang I dah botak..Pastu tokay kedai tu kata.."Baik you tukar tayar yang baik punyer..Tukar la tayar tube less..Michelin bagus nyer.."
"You tukar tubeless you tak payah risau kalau perjalanan jauh, sebab kalau bocor pun, masih ada masa untuk berjalan ke kedai motor " I pun sanggup la tukar tayar yang chanteq tu.sebab Michelin lagi..I rasa takperla untuk long term.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rupanya dia letak kat motor I tu..bukan tayar Michelintubeless tapi tayar Michelin biasa kosong semata tak letak tube pun..
Tertipu buat sekian lama.
Baru tahu hari ni.Masalahnya tayar tu tak pernah ada masalah..Tayar depan jer pancit ..tayar belakang dia okay.
So kedai kat rumah I tu tanya. "Nak tukar ke tayar baru?" I cakap takyah la..Just masukkan tube jelah kedalam tayar tu.. Rm12 I kena sebab Dunlop original nyer..
Rupa2 kedai yang I malas nak gi kat rumah I tu ler yang reliable boleh diharap..walaupun tokay dia tu takler seconfident ..
I tanya tokay kedai motor kat rumah I tu, you ada jual ke Michelin tubeless tyre? Dia kata Michelin tak pernah jual tubeless.
Apa nak kata?
***************
moral of the story:
Always check the goods before you leave..Although how reliable the tokay !!!
Tuesday, October 11, 2005
Isnin
Hari ni Isnin.
Untuk berbuka puasa hari ni saya memasak Thai Herbal Chicken.. I used the recipe exactly as I could . Hmm..setelah berbuka tadi, barulah tau rasanya macam tomyam + rempah sikit2. Tadi first time, I singgah kat Pasar Ramadhan kat rumah I. Bolehlah tahan ramai orang kat situ.. Senang kalau naik motor. Mak I teringin nak makan Kuih badak berendam . So, I beli lah 3 seringgit. Selain dari tu, I beli teh krisanthemum, air cincau, kuih vadeh, dan kebab roti pita.
Lepas maghrib I gi solat Tarawikh kat surau je.. Kat situ okaylah sebab 8 rakaat aje.. dan witir sekali. Lepas solat Tarawikh seperti biasa I kan gi jln2 dgn my jiran, Azam. Kali ni kami gi Giant. Azam nak tgk gaji dia masuk ke tidak. Nampak gayanya ye. Dan Azam beli lah multivitamin kat parents dia .. Maklum la, parents dia nak gi haji tahun ni. So, sedikit sebanyak Azam ada le memberi sumbangan.
Tu jelah, Akak I dan mak I sibuk berkemas untuk akak I balik ke Taiping. We are gonna miss Ikram. So kesempatan yang ada tu kami gunakan untuk mengambil gambar Ikram berbaju raya. Lately Ikram sounds so cheerful. The more makes it sadder to part with my beloved nephew.. Huhuhu..
Preview : Baju Raya 1
Walaupun Raya lambat lagi, tapi kami nak jugak tengok camna rupa Ikram memakai baju rayanya tu.. Yelah..Tak lama lagi ibu Ikram akan balik ke Taiping untuk bersalin . So, lama la tak jumpa Ikram lagi lepas ni. So, terpaksa lah Ikram melaram di hadapan kamera untuk diabadikan..Sebagai preview, baju raya yang akan dipakainya waktu Raya kelak..
Kemeja kotak kotak ni di padankan dengan jeans Pooh.
Friday, October 07, 2005
First day of Posa and my friend got married
Tak sangka bulan2 posa pun ada orang nikah..CONGRATULATIONS TO NEWLYWEDS JAMAL & NITHA
First day of Posa, kawan kitaorang Jamal (Iran) bernikah dengan Nitha (Chindian Convert Muslim) kat JAIS Shah Alam. I just menemankan diorang ni pergi dengan kereta I. Tup tup sampai kat situ dok jadi photographer lak..I pun apalagi jenuh lah mencuba untuk mengambil gambar dengan seberapa yang boleh..
Kami pergi ke sana naik 4 kereta. Yang pergi Dr Salmah, hubby, dan anak, Hanif, Nuruddin, Fred , Riz dam Dr Koshi. Sampai kat sana Jamal dah siap dengan baju melayu satin warna cream dia..dan pasangannya Nitha dengan baju kebayang kerawang segala. Dan ada gak mak dan bapak Nitha ni.
Pernikahan berjalan lancar. Dia lafazkan akad nikah dalam bahasa English. Sebab Jamal . Simple aje..Bagi duit mas kahwin, sarung cincin, cium tangan dan tandatangan tanda selesai.
Lepas tu pergi kat Taman kat area JAIS Shah Alam tu dan ambil gambar seberapa yang boleh..Lepas tu kami the bachelors 4 org (Fred, Nurudin, Hanif dan Riz) gi ke Kompleks PKNS. Kat situ Fred beli butang baju zirkon yang matching dengan baju melayu satin dia tu..
Kalau nak tengok gambar-gambar diorang tu..silakan masuk ke laman Fotopages aku.Kat situ ada banyak posing posing ..
Kolam Ikan dalam bangunan
Ni gambar aku ambil kat Kompleks Antarabangsa KL hari tu..aku tengok gambar dia sesuai dan konsep zen dan ketenangan..dan cantik amat..so aku pun snapler..