Dapat email hari ni, dari Ayie, tajuk dia masihkan kau ingat pastu dia letak gambar2 ni..
Ni kami tengah makan buffet McD kat CM tahun lepas. Best gak lah..sebab boleh amik banyak makanan kat situ tanpa rasa segan silunya. Tapi almaklumlah McD kan..makanan dia burger yang dah sejuk ..so tak berapa selera lah sangat. I dengar tahun ni Buffet Ramadhan dah naik harga kepada RM19.90 pulak.
Semalam hari Isnin, aku lak kena gantikan ada Dr FQ yang tak datang untuk meeting AJK tertinggi hari ni. Nak tak nak aku kena g sebab orang lain ada kelas. Kena la present apa dah berlaku /apa progress projek aku. Aku p/stat aje apa minit mesyuarat yang lalu tu. Pastu , waktu meeting aku just highlight kan aje. Ok gak..hehehe. yela aku kan tak ada kelayakan tertentu lagi..so rasa rendah diri jelah..Nanti tengoklah kalau ada kelayakan tertentu tu ..hehhee
Aku plak kena wat arrangement untuk Berbuka dengan classmate masters. Rashdan aku dah jumpa so dia nak la jumpa kengkawan yang lain. So aku ajaklah si Rpah dan Ayie tukan..tapi depa dok kekwat sangat..entah mengape ntah ler..Kot kekwat tu boleh menaikkan harga hantaran depa ka..tak tau la chek...
Inilah masa nak bertukar tukar pendapat dengan orang yang lebih berpengalaman.
So aku pun go ahead jelah bbuka posa nanti insyaAllah dengan Rashdan dan Ridzuan kat subang hari esok.
Hari ni dah 17 hari posa. Hari ni Nuzul Quran, so I cuti la hari ni. Aku tak wat apa pun. Tadi g temankan Azam g BCB kat Jalan Tun Perak. Dia g pecahkan duit untuk bagi duit raya pada sedara mara dia. Cadangnya nak g jumpa Madan kat Midval, tapi kaedahnya, family Madan datang, so tak jadila nak gi jumpa kat Midval. Aku cdgnya nak amik baju melayu kat PD tapi tak siap siap lagi kaedahnya. So just beli nasi beriyani jerlah..Memandangkan masa dah kul 4.20, so tak jadilah nak g kat Bangsar. So g beli kat area rumah aku jelah.
No comments:
Post a Comment